Wmboleh - Web Melayu Boleh
Selamat datang
dan diucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi berkunjung ke laman
web melayu boleh ini. Diharapkan lawatan anda ini mampu memberikan anda
idea dan tukaran pandangan apa yang anda boleh lakukan di Internet
selain daripada melawat dan mencari laman wmboleh dan laman-laman bogel
dan lucah yang lain. Antara laman-laman yang anda boleh lawati adalah
Malaysian Top University, Forum yang
berkonsepkan sebuah universiti.
Malaysian
Top University (MTUSEMPOI®)
Assalamualaikum
dan selamat datang ke Malaysian Top University.
MTU
adalah forum yang bercorakkan sebuah universiti sesuai untuk pengguna
komputer dan Internet Malaysia. Universiti telah
dipilih sebagai tema dan konsep bertujuan untuk mencari kelainan
daripada forum-forum yang sedia ada. MTU telah dibahagikan kepada
beberapa fakulti.
Fakulti Sukan Dan
Rekreasi
Fakulti ini adalah untuk pelajar berkongsi pengalaman tentang aktiviti
sukan dan rekreasi. Di fakulti ini juga rancangan kegiatan sukan dan aktiviti lasak, sukan, perkhemahan dan riadah
dirancang. Mari bersama sertai aktiviti yang dirancangkan oleh MTU.
Fakulti
Bimbingan Dan Kaunseling
Para pelajar yang
ingin kongsikan pengalaman harian mereka atau luahan hati digalakkan
untuk menghadirkan diri dalam mana-mana sesi di fakulti ini.
Fakulti
Kesenian dan Kebudayaaan
Para pelajar yang
berminat drama, tarian dan pelbagai lagi kegiatan kesenian, boleh
bincangkan ia disini.
Fakulti
Perubatan
Bicara tentang
kesihatan dan perubatan.
Fakulti
Teknologi, Sains dan Mistik
Bicara teknologi, sains dalam pelbagai bidang dan
juga perkara mistik yang mungkin boleh diterangkan dengan teknologi dan
sains.
Fakulti
Sains Sosial Dan Kemanusiaan
Berita semasa,
masalah masyarakat dan kemanusian.
Fakulti
Bahasa Dan Sastera
Belajar pelbagai
bahasa disini.
Fakulti
Pendidikan Dan Kerjaya
Bincangkan tentang
kerjaya dan rancangan pendidikan dan kerjaya anda di fakulti ini.
Fakulti
Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal
Pelbagai perkara
anda boleh bicara dan bincangkan disini. Enjin, hendak ubahsuai enjin
dan tukar enjin. Fakulti ini memang sesuai untuk anda.
Fakulti
Pengurusan Perniagaan Dan Kewangan
Ingin berniaga,
mencari tempat untuk berkongsi pengalaman dan mencari idea perniagaan,
jemput masuk ke fakulti ini.
.