Bincang Disini

Bagaimana jika anda mula berbincang pelbagai perkara dan tajuk di forum MTU Sempoi. Forum yang berkonsepkan sebuah universiti. Pelbagai perbincangan boleh dibuka asalkan ia tidak melanggar etika dan netika Internet, budaya dan kerpecayaan kita.

http://www.mtusempoi.com/

Sedikit keterangan tentang MTU Sempoi.

Universiti telah dipilih sebagai tema dan konsep bertujuan untuk mencari kelainan daripada forum-forum yang sedia ada. MTU telah dibahagikan kepada beberapa fakulti.

Fakulti Pengurusan Perniagaan Dan Kewangan

Ingin berniaga, mencari tempat untuk berkongsi pengalaman dan mencari idea perniagaan, jemput masuk ke fakulti ini.

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal

Pelbagai perkara anda boleh bicara dan bincangkan disini. Enjin, hendak ubahsuai enjin dan tukar enjin. Fakulti ini memang sesuai untuk anda.

Fakulti Pendidikan Dan Kerjaya

Bincangkan tentang kerjaya dan rancangan pendidikan dan kerjaya anda di fakulti ini.

Fakulti Bahasa Dan Sastera

Belajar pelbagai bahasa disini.

Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan

Berita semasa, masalah masyarakat dan kemanusian.

Fakulti Teknologi, Sains dan Mistik

Bicara teknologi, sains dalam pelbagai bidang dan juga perkara mistik yang mungkin boleh diterangkan dengan teknologi dan sains.

Fakulti Perubatan

Bicara tentang kesihatan dan perubatan.

Fakulti Kesenian dan Kebudayaan

Para pelajar yang berminat drama, tarian dan pelbagai lagi kegiatan keseniaan, boleh bincangkan ia disini.

Fakulti Bimbingan Dan Kaunseling

Para pelajar yang ingin kongsikan pengalaman harian mereka atau luahan hati digalakkan untuk menghadirkan diri dalam mana-mana sesi di fakulti ini.

Fakulti Sukan Dan Rekreasi

Fakulti ini adalah untuk pelajar berkongsi pengalaman tentang aktiviti sukan dan rekreasi. Di fakulti ini juga rancangan kegiatan sukan dan aktiviti lasak, sukan, perkhemahan dan riadah dirancang. Mari bersama sertai aktiviti yang dirancangkan oleh MTU.

Jemput masuk untuk mengenali Malaysian Top Universty (MTU)

http://www.mtusempoi.com/

mtusempoi yang sempoi

Jangan lupa kunjungi laman Bukan Sekadar Internet Sahaja, untuk pengguna komputer dan Internet Malaysia. http://www.geocities.com/lovhafnie .