Bantuan Untuk Memeriksa Proxy Market Score

Market Score adalah laman yang menyediakan kemudahan untuk pengguna Internet melajukan capaian Internet.

Nota kali ini adalah usaha untuk mendapatkan maklum balas sejauh mana dakwaan laman ini. Bantuan anda diperlukan untuk memberikan maklum balas. Anda perlu menggunakan Internet Explorer.

Maklum balas yang diperlukan adalah

(1) Sejauh mana perubahan yang berlaku sebelum dan selepas menggunakan kemudahan laman ini.
(2) Sejauh mana proxy ini berkesan untuk melindungi daripada mana capaian kita.

Maklum balas diatas memerlukan kerjasama anda.

Perkara sebelum. Untuk maklum balas tugasan satu. Anda perlu dapatkan bacaan kelajuan anda melalui laman-laman berikut.

(1.1) http://lajuinternet.cjb.net/

(1.2) http://www.pcpitstop.com/internet/bandwidth.asp (Pilih Click here to run the automatic test).

(1.3) http://promos.mcafee.com/speedometer/

Catatkan bacaannya.

Untuk maklum balas tugasan kedua. Anda perlu dapatkan bacaan IP daripada mana anda mencapai Internet. Gunakan laman ini untuk memeriksa IP anda atau apa yang dinyatakan sebagai capaian anda.

(2.1) http://www.geobytes.com/GeoPhrase.htm
(Anda sepatutnya nampak bendera negara daripada mana anda capai)

(2.2) http://www.ip2location.com/
(Anda akan diberitahu IP daripada mana anda capai)

(2.3) http://www.maxmind.com/
(IP dan lambang negara anda berada, diatas muka laman)

Selepas mendapatkan bacaan itu, anda perlu daftarkan diri dengan

http://www.marketscore.com/

Laman ini memerlukan alamat email anda untuk pendaftaran. Dicadangkan anda tidak memberikan alamat email yang selalu anda gunakan. Daftarlah dengan mana-mana laman yang menyediakan email percuma. Antaranya http://sempoi.mail.everyone.net/

Beberapa maklumat anda perlu masukkan dan perisian pelayar anda ditukarkan maklumatnya. Pertukaran ini melibatkan bahagian dalam Internet Explorer anda ditukar. Anda boleh melihat pertukaran itu di

Tools -> Internet Options -> Connections

Jika anda menggunakan Dial-up maka anda perlu memilih Dial-up & Virtual Private Network Setting. Pilih ISP anda. Kemudian pilih setting. Use automatic configuration script sepatutnya telah ditandakan dan diletakkan dengan alamat proxy.

Jika anda mencapai melalui LAN

Tools -> Internet Options -> Connections

Pilih LAN Setting, Use automatic configuration script sepatutnya telah ditandakan dan diletakkan dengan alamat proxy.

Anda juga boleh menggunakan akaun sedia ada dengan sambungan dibawah

https://www.marketscore.com/default.asp?id=cE2mz%5F%24DNh7U2c0MADfs3a&fn=con&pg=internal

(Sambungan yang panjang dalam satu baris)

Anda juga boleh terus meletakkan alamat proxy seperti cara diatas. Gunakan alamat ini

http://proxycfg.marketscore.com/gencfg.asp?id1=VqcXrU1$NhQ&id2=r3309OnmPe2&lp=1&nsv=5.2.4.5&db=1

Alamat diatas adalah satu alamat yang panjang dan dalam satu baris. Jika anda nampak ia terputus, sewaktu membuat salinan pastikan tiada ruang kosong sewaktu anda salin dan sambung.

Untuk mana-mana pilihan pemasangan, sila matikan Internet Explorer dan hidupkan semula. Anda juga mungkin diminta untuk "reboot" komputer anda. Setakat ini ia tidak perlu.

Anda perlu luangkan masa 5 ke 10 minit melawat laman-laman yang biasa anda lawati sebelum mendapatkan bacaan semula untuk tugasan satu dan dua.

Anda perlu berikan jawapan anda di MTU Sempoi di alamat http://www.mtusempoi.org/ di bahagian Berita Dan Maklumat IT atau sambungan terus

http://www.mtusempoi.org/phpBB2/viewforum.php?f=22

Masukkan jawapan bagi tugasan satu dan tugasan dua seperti contoh dibawah.

Tugasan satu (Laju Internet)

(1.1) Sebelum : Tahap 5 Selepas : Tahap 5
(1.2) Sebelum : 2663 ms Selepas : 2663 ms
(1.3) Sebelum : 7.14 seconds Selepas : 7.14 Seconds (Time Elapsed)

Tugasan Dua (IP Capaian)

(2.1) Sebelum : Malaysia Selepas : US
(2.2) Sebelum : 210.101.1.1 Selepas : 10.10.1.1
(2.3) Sebelum : Malaysia Selepas : UK

Jawapan diatas adalah sebagai contoh.

Untuk tidak menggunakan Market Score, buangkan alamat proxy dan buangkan tanda pada Use automatic configuration script. Bagi anda yang tidak menggunakan Internet Explorer, anda boleh gunakan alamat proxy diatas untuk menguji laman ini.

Untuk Pelayaran Internet Mozilla http://www.mozilla.org/ Untuk meletakkan alamat proxy diatas.

Edit -> Preferences -> Advanced -> Proxies Pilih Automatic proxy configuration URL: dan masukkan alamat diatas dan tekan butang reload.

Diharapkan kerjasama anda dapat membantu dalam menilai kemampuan laman ini.
Wassalam.

: )

http://www.geocities.com/lovhafnie

http://xrl.us/l9u

[ Laman Utama ]